Friday, January 6, 2012

dan aku tidak akan pernah lupa siapa aku di bumi Ilahi ini.

pernah tak kau rasa duhai blog luahan rasa..? bila hari kita yang ceria bahagia penuh dengan gelak tawa tiba-tiba hilang sekelip mata, semangat kita tiba-tiba bertukar hiba bila kita tersungkur jatuh bersendirian, hari ini aku sgt terkilan dengan perbuatan seorang hamba Allah yang aku anggap dia sebagai teman yang menjadi punca aku hilang rasa keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. apa aku tersalah menilai erti teman? Allah ajarkan siapa aku, aku tak pernah berniat untuk hancurkan hubungan orang,tapi kenapa orang yang aku sayang turut meragui aku? aku tak pernah bercerita tentang hal itu pada sesiapa melainkan orang yang aku sayang tapi kenapa tiba-tiba berubah cerita demi kesenangan hati sendiri?dan aku yang menjadi mangsa keadaan. walaupun orang yang aku sayang memaafkan ku tapi aku tahu dia masih meragui aku. orang kata ikut hati mati.ikut rasa binasa.ikut nafsu lesu.jadi aku hanya mendiamkan diri mungkin diam itu lebih baik dari bersuara. insyaallah Allah akan bantu orang yang teraniya,dan tunjukkan kebenaran satu hari nanti, cuma agak berat untuk aku hadapi semua ini.dia kawan dan dia pula orang yang aku sayang.aku tidak ada banyak pilihan, ibarat sedang memilih hukuman gantung atau pancung. Kedua-dua tiada beza kan? jika aku memilih gantung aku tetap mati dan juga sebaliknya. kalau aku menangis berairmata darah sekali pun siapa aku untuk menegak kebenaran yang belum pasti siapa yang akan memihak padaku. aku hanya mengikut arah angin menumpang kasih sayang orang.duhai hati berjanji lah denganku,kita tak akan menangis lagi untuk orang yang tak pandai menghargai, sebab aku sedar siapa aku di atas bumi Allah ini, hati aku terguris hari ini demi hubungan orang yang aku sayang dengan mereka semua.terima kasih semua semoga berbahagia di atas tangisan orang lain kerana aku sanggup buat apa saja demi kebahagiaan dia orang yang benar-benar aku sayang.dan percayalah itu semua bukan aku.